Aku kalau dengar pasal kematian mesti aku sedih... tak kira die siape... aku sedih sebab kita takkan dengar gelak tawanya lagi, takkan dengar suaranya lagi, takkan dengar prihalnya lagi... tapi mungkin dah tiba masanya untuk mereka pergi. untuk kita, belum tahu lagi penghujungnya...
hari ni kite dikejutkan dengan berita tentang kemalangan salah seorang ahli parlimen malaysia iaitu karpal singh. dan beliau maut bersama pembantu peribadinya. takziah buat waris mangsa...karpal singh yang aku kenal seorang peguam yang hebat dan ahli politik yang lantang bersuara... yang lain aku tak tau...
aku dapat tau yang kemalangan tersebut disebabkan lori masuk ke line kanan tanpa beri signal. aku pun pernah beberapa kali menghadapi situasi yang pemandu lori menukar lorong tanpa bagi signal. pernah sekali aku berada kat lorong kanan, then lori tukau lorong gitu je, lepastu tayar meletop. cuba banyangkan orang yang dilorong kanan confirmlah bawak laju tp nasib baik kenderaan tak berape nak banyak, jadi aku boleh bg brek emergency and ketepi. seriously, mmg terkejut. kejadian aku lalui siang, bayangkan kalau malam macammane... kakak aku pernah kemalangan sebab berlanggar dengan tayar lori yang pecah.
dulu aku pernah kerje kat SMK Belitong... ulang alik dari simpang renggam dari pkul 6.50 pagi sejauh 20km lebih... mmg kene berhati2 sbb waktu tu lori tengah banyak... sejak tu, aku memandu aku tgk tayar kenderaan dihadapan atau ditepi... kalau lori aku pastikan jarak aku dengan lori jauh beberapa meter, klu nampak kenderaan seperti nak cium-cium belakang kereta aku akan ketepi... aku mmg pembawa kereta dengan laju, kakak aku panggil aku micheal schumacher wanita... tp dlm situasi lori ni mmg aku jadi penakut. tp kalau dah nak jadi, nak mengelak macammane pun mesti terjadi juga.. Wallahualam, hanya Allah yang tahu...
tapi hanya segelintir je pemandu lori yang keadaan seperti aku ceritakan di atas. Ade ramai lagi pemandu yang bertanggungjawab. bagi isyarat bila aku boleh memotong, ketepi bila nampak kite kat belakang..
No comments:
Post a Comment