Tuesday, July 9, 2013

Ramadhan 1434 hijriah...

Alhamdulillah.. selesai makan sahur untuk aku berpuasa pertama kali dalam tahun 1434 hijriah ni... mak masak simple je - ikan bilis masak air asam, sayur turi goreng dan ayam goreng... ape yang mak masak mesti sedap... dah niat berpuasa??? mesti dah kan... tak pelah i nak attach juga niat puase yang i copy drpd internet ok...

ni niat yang penuh... tp klu anda terlupa niat, anda bangun sahur je tu dah merupakan niat atau pernah anda terdetik 'aku nak puase esok' dah juga dikira niat... so, jangan ade alasan untuk tidak berpuasa kerana anda lupa untuk niat...

Kesempatan ini dan sempena bulan Ramadan yang penuh barkah ini, aku ingin menyusun 10 jari, dari hujung rambut ke hujung kaki untuk meminta maaf atas segala kekhilafan aku sepanjang aku menjadi umat Islam dan sepanjang aku dilahirkan... 

Friday, July 5, 2013

AKU JADI STUDENT SEMULA (part 3)

Haha... mmg bersarang blog ni... aku dah abis belajar hampir 4 bulan dah baru nak update... x pelah... diringkaskan cerita aakan diterangkan melalui video bawah nih... Video ni aku buat sempena majlis perpisahan kami... diorg nangis tu...

Ni video suka suki kami sepanjang berada di BRA

Bulan 8, 20 haribulan tak silap... kami akan mengadap peperiksaan akhir plak... mcm senang, tapi macam je... pengalaman periksa yang lepas membuatkan aku rasa jgn ambil mudah dengan peperiksaan tahap 2 ni... teori n praktikal jauh beza... aku selalu jawab mengikut ape yang aku buat bukan seperti yang aku bace... aku terlupa yang kertas peperiksaan adalah mengikut ape yang aku baca bukan mengikut ape yang aku buat... pengajaran...

lepas periksa buat ape ye... nak mencari pengalaman dulu atau terus je mohon buka kedai... kne sembahyang ishtikharah... Inshaa Allah dipermudahkan...