Monday, December 12, 2011

Batam oh Batam...misi: bercuti sambil menjejaki bibik

trip ni dah beberapa minggu berlalu... tak rancang pun nak pergi batam... pada mulanya kami rancang nak pergi Tanjung Balai, Asahan dan sambil pergi Medan... sebab di sana ade keluarga si Warni, helper kakakku... tapi ade masalah dengan passport Warni, didapati cop yang terdapat pada passport warni palsu... ditipu agent dan dia kne ke luar negara dan pergilah die ke Batam Indonesia.. jadi perjalanan kami diubah ke Batam untuk memberi pakaian dan wang kepada Warni sambil melancong... akhirnya Warni tidak dapat di hubungi ketika kami tiba di sana...

pergi ke Batam seramai 7 orang melalui Stulang Laut dekat the zone. Naik feri pkul 4.30 dan mengambil masa 1 jam 20 minit. Harga tiket adalah RM120...

Kat kaunter tiket the zone. dayah sampai hati hang amik gambar org sebelah eden tu.

bersama anak sedara. ika.. ditaja oleh umi die sempena dapat 5A mase UPSR. Uminye tak ikut.

Muka selebet gile. ye lah mane taknye pergi mengejut. balik dari KL tak sempat balik rumah terus bertolak ke Batam. Kne hujan plak tu mase tunggu diorg amik.

naik kat atas feri. tak de lah rase nak muntah duduk dalam feri tu.

jangan bagi alasan untuk tak sembahyang. kat mane2 pun kita boleh tunaikan. angin kuat pun songkok die tak terbang.

Sampai je kami terus cari teksi untuk ke hotel. jumpa lah kami dengan yanto. tambang teksi ke hotel ni 50k IDR. 2 kereta 100K IDR le

kami menginap kat hotel budget je iaitu hotel muzik. laman web http://www.themusichotel.net
tapi dinasihatkan carilah hotel lain. salah satu bilik yang kami dapat dipenuhi oleh lipas. nasib baik dapat tukar.

kamudian Yanto bawak kami untuk makan malam kat seafood restoren. restoren tu terletak di atas air. banyak pembesar yang datang kat restoren tu kata si yanto. masalahnye kami ni pengkecil bukan pembesar. harga makanan boleh tahan mahalnye. order makanan sikit je and share. waktu malam bukannye boleh makan banyak sangat. sakadar alas perut. kami share pun bayarannye 168 k rupiah... 60 hinggit jugak.

Balik hotel dan tido. tak de benda yang menarik pun. esoknya panggil teksi lain untuk ke pelabuhan. tambangnye pun sama 100K IDR. huh. pastu sarapan kat perlabuhan je. ingatkan nak stay 1 malam lagi. tp lupakan hasrat itu. makan bakso, nasi pedang, mee goreng. harga kesemua kami makan 150k IDR. harga lebih kurang kat malaysia. pastu naik angkut untuk ke nagoya hill cari shopping complex.


dalam angkut. teringin nak naik kendaraan kat cerita solehah tu. naik angkut ke nagoya seorang 3K IDR. 7 org 21 K.

...nampak tak sign ape kat tiang tu. korang nih mmg degillah...

Sampai nagoya tak ramai orang kat sane. tgk sign kat pintu buka pkul 10. setengah jam lagik tuk buka. kami tunggu macam cacing kepanasan. tgk jam lagi pkul 10.10 pg. kenapa tak bukak. tak efisien langsung. tye guard tu knp tak bukak lagi. die ckp buka pkul 10. kami balas balik... skrang dah pkul 10.10. guard tu senyum je and kate skang baru pkul 9.10 lah. lupe waktu indonesia lewat 1 jam daripada waktu di malaysia. ermm.

Nagoya hill. tak banyak barang dapat beli. mak beli handbag, amsyar beli mainan. erm harge mainan lebih mahal dr kat malaysia. padan le tgk ramainye indonesian pulang bawak helikopter mainan . faizah and dayah pg carik warni kat pelabuhan ke medan mane tau terserempak ngan die kat situ. malangnye tak jumpe jugak. sempat kami main game kat matahari.

dalam sejam round kalam matahari tu kami makan kat BFC...

BFC... boleh lah. standard mcm KFC. mahal sikit dr KFC.

Panggil Yanto untuk ke mana-mana. lepas tu kami di bawa ke JODOH tempat menjual barangan dengan harga murah. dapat lah beli beberapa helai baju untuk diri sediri dan makanan indonesia untuk dibawa balik. pastu kami terus ke perlabuhan untuk pulang.

..........................................................
RAE : merancang sebelum pergi bercuti klu tak pasti takkan rasa kenikmatan bercuti tu.

No comments:

Post a Comment